Philips AVENT SCF334 Breast Pump User Manual


 
Masalah Penyelesaian
Saya berasa sakit
ketika menggunakan
pam susu badan.
Berhenti menggunakan pam susu badan dan hubungi penasihat
penyusuan ibu anda. Jika badan pam tidak tanggal dengan mudah dari
buah dada, vakum mungkin perlu dipecahkan dengan meletakkan jari di
antara buah dada dan kusyen urutan.
Pam susu badan telah
tercalar.
Jika ia digunakan dengan kerap, sedikit calaran adalah biasa dan tak akan
menimbulkan masalah. Bagaimanapun, jika sebahagian pam susu badan
bercalar teruk atau jika ia merekah, berhenti menggunakan pam susu
badan ini dan hubungi Pusat Layanan Pengguna Philips atau lawati www.
shop.philips.com/service untuk mendapatkan bahagian gantian. Sila ambil
perhatian bahawa gabungan agen pembersih, larutan pensteril, air yang
dilembutkan dan turun naik suhu mungkin, dalam keadaan tertentu, boleh
menyebabkan plastik merekah. Elakkan daripada terkena detergen
melelas atau antibakteria kerana semua ini boleh merosakkan plastik.
Pam susu badan tidak
berfungsi dan butang
hidup/mati berkelip.
Pertama, periksa sama ada anda telah pasangkan pam susu badan dengan
betul dan pastikan tidak terdapat pintalan di dalam tiub. Jika anda
menggunakan SCF332 dengan bateri, ganti bateri mengikut arahan dalam
bab ‘Bersedia untuk menggunakan’, tindakan 5. Jika anda menggunakan
SCF334 atau SCF332 pada sesalur kuasa elektrik, periksa untuk
memastikan bahawa anda menggunakan penyesuai yang telah dibekalkan
dengan produk ini. Jika masalah berterusan, hubungi Pusat Layanan
Pengguna di negara anda.
Saya tidak berasa
sebarang sedutan.
Periksa sama ada anda telah memasang pam susu badan dengan betul
dengan mengikut langkah-langkah dalam bab ‘Bersedia untuk
menggunakan’. Pastikan tiub silikon telah dipasang dengan kukuh pada
unit motor dan pada penutup serta diafragma.
Saya perlu mengganti
tiub silikon, tetapi tidak
tahu bagaimana
hendak
menanggalkannya.
Untuk menanggalkan tiub, pegang ia berdekatan dengan unit motor dan
tarik semasa memulasnya. Untuk menyambung semula tiub, masukkan
tiub semula ke atas penyambung di unit motor dengan gerakan memulas
sedikit. Pastikan bahawa ia terpasang dengan kukuh.
BAHASA MELAYU56