Penggantian
Bateri
Ganti bateri tak boleh cas semula pam susu badan (SCF332 sahaja) hanya dengan empat bateri 1.5V
AA (atau 1.2V jika boleh cas semula).
Untuk mendapatkan arahan tentang cara menggantikan bateri lihat bab ‘Bersedia untuk
menggunakan’.
Memesan aksesori
Untuk membeli aksesori perkakas ini, sila lawati kedai dalam talian kami di www.shop.philips.com/
service. Jika kedai dalam talian tidak tersedia di negeri anda, pergi ke pembekal Philips atau pusat
khidmat Philips. Jika anda menghadapi kesukaran untuk mendapatkan aksesori bagi perkakas anda, sila
hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda. Anda boleh mendapati nombor telefonnya
dalam risalah jaminan sedunia.
Alam sekitar
- Jangan buang perkakas dengan sampah rumah yang biasa pada akhir hayatnya, sebaliknya
serahkan ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan berbuat demikian, anda
membantu memelihara alam sekitar (Gamb. 13).
- Bateri mengandungi bahan yang mungkin mencemar alam sekitar. Jangan buang bateri dengan
sampah rumah biasa, tetapi lupuskannya di pusat pemungutan rasmi untuk bateri. Sentiasa
keluarkan bateri sebelum membuang perkakas dan bawanya ke pusat pemungutan
rasmi (Gamb. 14).
Jaminan dan perkhidmatan
Jika anda memerlukan servis atau maklumat, atau jika anda menghadapi masalah, sila lawati laman
web AVENT Philips di www.philips.com/support atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips
di negara anda. Anda boleh mendapatkan nombor telefonnya dalam risalah jaminan sedunia. Jika
Pusat Layanan Pelanggan tidak terdapat di negara anda, hubungi wakil penjual AVENT Philips di
tempat anda.
Mencarisilapan
Bab ini meringkaskan masalah paling lazim yang mungkin anda hadapi dengan perkakas ini. Jika anda
tidak dapat menyelesaikan masalah dengan maklumat di bawah, sila hubungi Pusat Layanan Pelanggan
Philips di negara anda atau lawati kami di www.philips.com/support.
BAHASA MELAYU 55